马来西亚的妈妈们,怀孕了但却不想要宝宝?你现在可以把宝宝生下来了。马来西亚设备了12“婴儿箱”可以让你把宝宝交给别人养育。你不需要见任何人,不需要付上责任,只需把宝宝放进这个箱子,关上门就可以了。如果你愿意在授权书上签个名,对日后宝宝领养和上学手续更容易处理。没有人会去找你,你只需让宝宝有个生存的机会就可以了。

Baru sahaja Mek ila bercerita tentang kemungkinan perlu diwujudkan rumah bayi bagimengelakkan bayi yang tidak berdosa ditinggalkan atau diseksa seperti kisah bayi yang dipotong 15 semalam, rupa-rupanya Pusat Perlindungan Bayi ini telah pun diwujudkan di seluruh Malaysia. Ini pun hanya Mek ila tahu bila seorang teman memberitahu Mek ila tentang kewujudan Pusat Perlindungan ini. Entry ini sebenarnya agak sukar untuk Mek ila tulis, namun atas dasar kemanusian, Mek ila kongsikan juga untuk makluman pembaca. 

       



Pusat Perlindungan Bayi atau Baby Hatch adalah ruang khas bagi menempatkan bayi yang membolehkan mana-mana ibu yang terdesak untuk meninggalkan bayi mereka dengan selamat. Menurut info yang Mek ila perolehi sehingga kini terdapat 12 buah Pusat Perlindungan Bayi yang telah ditubuhkan di Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi yang berkaitan di dalam bidang kebajikan kanak-kanak.



Paling menyedihkan bila dikatakan Baby Hatch ini paling banyak dimanfaatkan oleh golongan pelajar. Ya Allah selamatkanlah anak-anak kami. Moga-moga kami semua dilindungi daripada musibah ini. 



Sebenarnya banyak lagi info yang Mek ila terima, seperti cara-cara untuk menggunakan Pusat Perlindungan Bayi ini. Namun Mek ila tidak sampai hati untuk menulisnya. Cukuplah sekadar sekeping gambar di bawah ini. Dikatakan juga pusat perlindungan ini merupakan sebuah rumah transit sahaja sebelum bayi tersebut diserahkan kepada keluarga angkat.



Ada banyak juga laman web yang memberikan maklumat tentang pusat perlindungan bayi ini, salah satunya ialah OrphanCARE.