馬來西亞的媽媽們,懷孕了但卻不想要寶寶?你現在可以把寶寶生下來了。馬來西亞設備了12「嬰兒箱」可以讓你把寶寶交給別人養育。你不需要見任何 人,不需要付上責任,只需把寶寶放進這個箱子,關上門就可以了。如果你願意在授權書上簽個名,對日後寶寶領養和上學手續更容易處理。沒有人會去找你,你只 需讓寶寶有個生存的機會就可以了。
   


Baru sahaja Mek ila bercerita tentang kemungkinan perlu diwujudkan rumah bayi bagi mengelakkan bayi yang tidak berdosa ditinggalkan atau diseksa seperti kisah bayi yang dipotong 15 semalam, rupa-rupanya Pusat Perlindungan Bayi ini telah pun diwujudkan di seluruh Malaysia. Ini pun hanya Mek ila tahu bila seorang teman memberitahu Mek ila tentang kewujudan Pusat Perlindungan ini. Entry ini sebenarnya agak sukar untuk Mek ila tulis, namun atas dasar kemanusian, Mek ila kongsikan juga untuk makluman pembaca. 



         



Pusat Perlindungan Bayi atau Baby Hatch adalah ruang khas bagi menempatkan bayi yang membolehkan mana-mana ibu yang terdesak  untuk  meninggalkan bayi mereka dengan selamat. Menurut info yang Mek ila perolehi sehingga kini terdapat 12 buah Pusat Perlindungan Bayi yang telah ditubuhkan di Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi yang berkaitan di dalam bidang kebajikan kanak-kanak.




   

Paling menyedihkan bila dikatakan Baby Hatch ini paling  banyak dimanfaatkan oleh golongan pelajar. Ya Allah selamatkanlah anak-anak kami. Moga-moga kami semua dilindungi daripada musibah ini. 




Sebenarnya banyak lagi info yang Mek ila terima, seperti cara-cara untuk menggunakan Pusat Perlindungan Bayi ini. Namun Mek ila tidak sampai hati untuk menulisnya. Cukuplah sekadar sekeping gambar di bawah ini. Dikatakan juga pusat perlindungan ini merupakan sebuah rumah transit sahaja sebelum bayi  tersebut diserahkan kepada keluarga angkat.




Ada banyak juga laman web yang memberikan maklumat tentang pusat perlindungan bayi ini, salah satunya ialah OrphanCARE.